Khamis, 24 November 2011

Mungkinkah Terjadi


sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ni
aku macam bukan aku yang sebenar
semenjak peristiwa 24 Februari 2008
aku terlalu cepat mahukan pengganti (kire gelojoh la)
selama 3 tahun aku berkelana di alam siber

tapi tidak ada satu pun yang sudi(eheh)
ada jugak la 2 - 3 orang yang aku cuba-cuba
tapi semua tak sudi
yang dari blog ekspresiku (opsss) eheh
kawan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah teknik

tak tau la tak sudi ke atau sudah berpunya ke
tapi aku kira tak sudi la senang cerite
hey!!aku dah kaji tau memang dorang tu single
takda rezeki la tu, lagi pun kalau nak dibandingkan aku sekarang dengan aku yang dulu memang jauh beza
apa boleh buat nasib badan..

tapi sejak 2 - 3 bulan ni aku rasa macam sesuatu yang terjadi
aku seperti kembali kepada diriku yang asal
aku semakin menjadi pemalu
pemalu dengan perempuan
betul la tak tipu..

Selasa, 22 November 2011

Seorang lelaki Bahagian 2


memang di akui kebenaran dan kesahihanya
wanita banyak memainkan peranan dalam kehidupan lelaki
rasulullah s.a.w sendiri pun mendapat dorongan daripada isterinya siti khadijah
dalam peristiwa gua hiraq dimana malaikat jibrail datang menemui rasulullah s.a.w untuk mendapatkan wahyu
apatah lagi lelaki macam aku, macam kau dia dan semuanya..

lelaki pun bukannya sempurna, sape cakap sempurna??
banyak kelemahan, dorang saja je sorok..malu la tu..
ekekekeke..
pada pandangan aku sendiri la kan
lelaki yang berkahwin merupakan lelaki sejati
maksud aku ciri-ciri kelakiannya telah terpancul dari jiwanya kerana ada isteri disampingnya

kenapa disamping??bukan dibelakang??
wanita itu kan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki
jadi tempatnya adalah disamping/disisi, bukan dibelakang..

apa ciri-ciri lelaki sejati??
PERUT BUNCIT!!
ya aku amat bersetuju sekali..

Isnin, 21 November 2011

Seorang lelaki Bahagian 1


bersambung lagi celoteh pasal seorang lelaki
sebenarnya lelaki ni, bagi pendapat aku secara jujur
lelaki sebenarnya, careless, suka ambil mudah
pentingkan diri, pemalas, pengotor(hahaha)
tak payah la selindung lagi wahai lelaki
korang tu nampak bersih sebab mak korang dah bising..hahahaha

jujur ni, takda tipu-tipu
ni la sifat-sifat lelaki (tak semua kot macam ni)
tapi aku rasa semua sama sebab aku pun lelaki..
hahahaha..

jadi bagaimana orang melihat yang lelaki-lelaki ini kurang mengambil tahu hal dirinya nampak berjaya
nampak bergaya, penuh keunggulan
pakaian yang kemas, bersih
jadi siapa yang bertanggujawab menguruskan lelaki-lelaki pemalas ni(macam aku)?

PEREMPUAN

emak, ibu, isteri, bini, awek dan sebagainya
orang-orang inilah yang menampakkan seorang lelaki disisinya tampak bersih
wangi(hahahaha), penuh confident dan berbagai-bagai lagi..
tak usah nak tipu la wahai lelaki-lelaki di luar sana
mak korang yang dok bising-bising suruh gunting rambut

letak baju kotor dalam mesin basuh
mak/adik perempuan korang yang kemas bilik
dan bermacam-macam lagi la, korang fikir la sendiri..
eheh..

jadi kesimpulannya lelaki memerlukan perempuan di dalam kehidupannya
aku akui, aku memerlukan mak aku dalam menjalankan kehidupan seharian
jadi mak aku la yang bising-bising kat aku suruh buat itu buat ini
tapi aku tak ikut gak..hahahahaha
dapatnya rambut panjang dah ni sampai bahu

awek??
maaf wa takda awek..
sekian terima kasih..

Khamis, 17 November 2011

Seorang lelaki


aku tak tahu berat aku berapa
aku tak tahu tinggi aku berapa
saiz baju
saiz seluar
aku tak tahu

masa nak interview kerja
kene isi borang dulu
nama dalam I.C
umur
jantina dan segala macam lagi berkenaan dengan diri lah
senang je nak isi, kan??kan??

tapi sampai tang ketinggian dengan berat
otak jadi blur..
hahahaha
mana aku tau berat dengan tinggi aku berapa
jadi dalam borang tu ada 2 je yang tak diisi
berat dengan tinggi..

receptionist(perempuan) pun semak la borang terbabit
tengok ada 2 tempat tak diisi
dia tengok aku, aku tengok dia
aku tengok dia, dia tengok aku
lalu dia pun berkata "biasala lelaki"
aku pun sengih je la..eheh

jadi apa yang aku cuba nyatakan dari kisah diatas??
ya, kisah seorang lelaki yang memang tak langsung mengambil berat hal yang remeh..
aku berani jamin la, kebanyakkan lelaki memang tak tahu dia punya berat dengan tinggi..
pada pandangan aku la, ianya tidak memberi effect/kesan yang kritis dalam diri aku
kalau aku tau berat dan tinggi aku, apa faedah nya yang aku dapat??hahahah..
ini pandangan aku la sebagai seorang lelaki

mungkin juga ada lelaki yang memang ambil berat pasal diri dia
dah macam perempuan la pulak..(hihihihihi)
seorang lelaki sejati adalah lelaki yang kasar, yang lasak
bukannya duk rumah nak melawa bagai siap berminyak wangi
aduh..
memang dari kecik aku dah di didik dengan persekitaran yang extreme


maksudnya tiada kemewahan la
main lumpur, masuk hutan, berkubang dan berbagai lagi adegan-adegan yang menjerumus ke arah
"balik rumah kene marah"..sebab baju kotor..
hehehehe..

Rabu, 16 November 2011

Tiada lafaz yang lebih agung kalimah cintamu



Realiti di dalam mimpi tetapi hanya ilusi


pernah tak korang merasakan sesuatu yang realiti semasa korang bermimpi
tetapi ianya hanya ilusi di mata..
maksudnya apa yang korang mimpikan tu korang takkan mampu melihat dengan mata
hanya fikiran korang yang merencanakan apa yang dibenak "realiti di mimpi" korang tu..

pernah juga aku alami perkara macam ni
tak lama dulu
agak-agak dalam 10 - 11 tahun yang lepas
ceritanya begini

apabila suatu hari aku bermimpi
dalam mimpi aku tu, aku nampak seorang perempuan
perkataan sebenarnya bukan nampak, tapi membayangkan <-- rasanya ni lagi tepat
dia memang nampak realiti..
tapi bila aku terjaga dari tidur, aku cuba membayangkan balik wajah perempuan tu
tapi sia-sia..
sebab..
mata kita tak nampak sesuatu yang ilusi di dalam mimpi
walhal ia adalah realiti di dalam mimpi..

macam mane nak terangkan perkara ni dengan lebih terperinci??
aku pun tak tahu nak guna ayat yang macam mana lagi untuk bagi lebih detail
kalau korang pernah alami perkara macam ni, mungkin korang boleh bantu aku untuk menghuraikannya..
ada sesetengah perkara kita tak dapat nak luahkan dengan baris kata-kata..
rentak bahasa..mahupun seni body language..
ianya lebih bersifat mengerti..

Kisah Dulu-Dulu Bahagian 1


pernah juga cuba nak ubah sifat penakut dengan perempuan tu
tapi rasanya susah sangat..
aku tak nak buang sifat malu, biar sifat malu tu terus tertanam dalam jiwa aku..
sebab sifat malu adalah perisai orang beriman..
eheh

jadi berbagai-bagai cara aku cuba buat untuk memberanikan diri
cuba bercakap dengan kawan-kawan perempuan sekelas
dan berbagai lagi kaedah-kaedah aneh telah digunakan
tapi satu pun tidak membuahkan hasil..

kalau nak difikirkan balik, sebenarnya SEGAN
ya!! itulah perkataan yang paling sesuai
sebab aku pun segan dan guna perkataan segan ni..
eheh..

ya
aku memang penyegan..
segan dengan perempuan
aku tak boleh pandang mata perempuan
aku akan CAIR
tapi kalau mak dengan adik aku tu dah biasa la
ni kiranya rakan sebaya la
tak tau la apa pasal..

hingga ke hari ini aku masih memikirkan perkara dan sifat aneh aku ni..
bagaimana ia bermula
bagaimana ia berakhir
bagaimana ia berlangsung
dan berbagai lagi bagaimana

Debu Di Hati






betapa kasih menggunung harapan
berderai jua di pertengahan
sebutir embun ku sangka permata
hilang ke mana

tiada ku duga hanya sementara
kebahagiaan yang dikecapi
datang rintangan meragut segala
hampanya hati

perpisahan...tiada mungkin kan terjadi
andainya kau dapat bersabar dan mengerti
tapi sayang kau terlalu turutkan hati
tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan

apa gunanya ku mengharapkan lagi
sedangkan dikau terus membenci
segala harapan menjadi debu
dalam hatiku

Kisah Dulu-Dulu



dulu aku cukup takut dengan perempuan
tak tau la apa pasal
nampak perempuan je terus tunduk sorok muka
kalau bercakap dengan perempuan, aku tak pandang muka dia
aku pandang kaki..
eheh

anehkan!!

tapi itulah realiti yang sebenar..
itulah aku yang dulu..
seorang pemalu..
ekekekekeke