bersambung lagi celoteh pasal seorang lelaki
sebenarnya lelaki ni, bagi pendapat aku secara jujur
lelaki sebenarnya, careless, suka ambil mudah
pentingkan diri, pemalas, pengotor(hahaha)
tak payah la selindung lagi wahai lelaki
korang tu nampak bersih sebab mak korang dah bising..hahahaha
jujur ni, takda tipu-tipu
ni la sifat-sifat lelaki (tak semua kot macam ni)
tapi aku rasa semua sama sebab aku pun lelaki..
hahahaha..
jadi bagaimana orang melihat yang lelaki-lelaki ini kurang mengambil tahu hal dirinya nampak berjaya
nampak bergaya, penuh keunggulan
pakaian yang kemas, bersih
jadi siapa yang bertanggujawab menguruskan lelaki-lelaki pemalas ni(macam aku)?
PEREMPUAN
emak, ibu, isteri, bini, awek dan sebagainya
orang-orang inilah yang menampakkan seorang lelaki disisinya tampak bersih
wangi(hahahaha), penuh confident dan berbagai-bagai lagi..
tak usah nak tipu la wahai lelaki-lelaki di luar sana
mak korang yang dok bising-bising suruh gunting rambut
letak baju kotor dalam mesin basuh
mak/adik perempuan korang yang kemas bilik
dan bermacam-macam lagi la, korang fikir la sendiri..
eheh..
jadi kesimpulannya lelaki memerlukan perempuan di dalam kehidupannya
aku akui, aku memerlukan mak aku dalam menjalankan kehidupan seharian
jadi mak aku la yang bising-bising kat aku suruh buat itu buat ini
tapi aku tak ikut gak..hahahahaha
dapatnya rambut panjang dah ni sampai bahu
awek??
maaf wa takda awek..
sekian terima kasih..
hahahahaha :P mg dasar lelaki ...cm x kualiti je kan ....
BalasPadameheh..hey bukan x berkualiti tp cuma kami x perfect..hahaha
BalasPadam