Sabtu, 3 Disember 2011

Akukah Yang Terlalu Berharap??


apakah aku terlalu berharap??
sehinggakan aku tidak sedar aku dipermainkan
aku tidak tahu
aku sangat berharap dia menjadi milikku
bukan untuk aku melempiaskan nafsu
sekadar berkongsi suka dan duka
nikmatnya cinta sesama manusia
anugerah tak ternilai dr maha-pencipta

apakah aku terlalu berharap??
sehingga aku memaksa
aku takut
aku sangat berharap dia menjadi milikku
kerna aku tidak sanggup kehilangan kali ke dua

apakah aku yang terlalu berharap??
ingin berteman merak kayangan
sedangkan aku cuma gagak di rimba
yang tak sepadan dan tak sebaya
sehingga aku lupa siapa diriku yang sebenar

apakah aku yang terlalu berharap??
segala yang diimpikan menjadi nyata
walhal ia hanya bermain di mata
sesungguhnya aku lupa
aku bukan sesiapa
yang mampu memberi bahagia..

aku kah yang terlalu berharap???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan